Terma dan syarat Penginapan

Terma dan syarat Penginapan

1.  Dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja bagi menjaga sensiviti penghuni/penyewa.

2.  Sebarang perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan hukum ISLAM serta kegiatan yang menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah  dilarang sama sekali.

3.   Percampuran jantina lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah DILARANG sama sekali. Sila maklum bahawa pasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan yang tidak ada hubungan keluarga atau mahram tidak dibenarkan sama sekali. Jika berkumpulan mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.

4.    Perbuatan bising dan kegiatan yang mengganggu kawasan kejiranan adalah dilarang sama sekali. Mohon kerjasama para penyewa untuk menghormati kawasan kejiranan.

6.    Bayaran keseluruhan kos penginapan hendaklah dijelaskan sewaktu penyerahan kunci rumah / homestay ketika daftar masuk.

7.   Masa daftar masuk adalah pada jam 2.00 petang dan keluar 12.00 Tengahari.

8.  Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah keutamaan kami. Oleh itu penghuni dinasihatkan:

a. Tidak membawa terlalu banyak barangan berharga bersama.

b. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur  waktu siang dan malam.

c.  Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah amat digalakkan supaya menutup suis kipas, lampu dan peralatan elektrik yang lain apabila keluar meninggalkan rumah.

d. Jumlah penghuni yang menginap di homestay (penyewa dan tetamu mereka) mestilah tidak melebihi 13 orang.


8.   Perabot dan kelengkapan dalam rumah diminta jangan dialihkan. Segala keselamatan kelengkapan di dalam homestay ini adalah menjadi tanggungjawab penghuni.

9.    Tetamu diminta untuk menghormati hak dan kelengkapan pihak homestay.

10.   Sekiranya penghuni gagal mematuhi peraturan dan syarat yang diberikan, pihak kami berhak mengarahkan supaya premis ini dikosongkan dengan serta merta.

11.  Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam rumah.


PIHAK RAISYA'S HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DI LUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN



~~KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI~~

Comments

Popular posts from this blog

RAISYA'S HOMESTAY